Pages

Thursday, 8 December 2011

KENAPA TAKUT NAK BERNIAGA??

BERNIAGALAH KALAU INGIN KAYA


Orang melayu jadi lemah dalam perniagaan sebab takut gagal.Apabila mindanya menyarankan supaya berniaga,mindanya juga yang memomokkan dengan kata-kata,"tak usah berniaga,nanti rugi.".
Maka dia pun tak berniaga sedangkan belum tentu kerugian yang akan ditempuhnya,boleh jadi kejayaan sebab dalam dunia perniagaan hanya ada dua; untung atau rugi. kalau tak untung rugi kalau tak rugi untung.Jadi,mengapa mesti membesarkan perkataan rugi??

Minda Melayu perlu selari dengan perubahan zaman.
Zaman bergerak pantas dan dunia perniagaan menjadi kenderaannya.
Setiap yang tidak ingin melibatkan diri dalam bidang ini bakal tiada kenderaan untuk membina kejayaan dan kemewahan.
Dia akan ketinggalan dan akan terus ditinggalkan.....

Bukan salah tak berniaga sebab sudah ada kerja,yang salah tidak mahu berniaga kerana menyangka di situ tempat kecundang.Lebih salah beranggapan berusaha sendiri itu rendah kedudukannya dan berasa malu untuk memulakannya....

Lebih megah berpakaian segak,kemas dan bersih sedangkan pendapatannya jauh lebih kecil daripada apa yang ada dalam poket seorang petani. Lebih bangga bekerja ikut masa dan mendapat pendapatan tetap sedangkan pendapatan seorang penjual goreng pisang tidak menentu tetapi selalu banyak dan berlebihan pula..Lebih berasa selamat dengan skim gaji yang ditawarkan walaupun selalu habis sebelum cukup bulan dan selalu pula terpaksa berhutang..
ini semua stail kehidupan masa kini yang perlu perubahan paradigma...
petikan daripada buku: MEMBIN PERSONALITI TERBILANG OLEH DR.HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ


Jom berfikir sejenak..sampai bila kita takut untuk melakukan perubahan..cubalah sesuatu yang boleh mengubah kehidupan kita..kerana 9/10 rezeki datang dari perniagaan.

sesiapa yang mahu mencari peluang perniagaan dan menjadi bisnes partner saya boleh hubungi saya di 0122814640...

jangan malu dan segan..kami sentiasa membuka ruang dan peluang kepada sesiapa yang ingin mengubah kehidupan.....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih mengunjungi kami...Datang Lagi yeee :)