Syukur Alhamdulillah...aku masih dipanjangkan umur dan masih boleh menyedut molekul oksigen.........betapa besar nikmat Allah yang tak terhitung dan telah kunikmati sepanjang kehidupanku....
Menginjak usia ini...terhenti sebentar dari lamunan....hidupku ibarat satu perjalanan...dan perjalananku masih belum sampai ke destinasi....hakikat sebenar....perjalanan kita akan berakhir bila kita mati....tp tahukah bila kita tarikh keramat? Pastinya itu hy rahsia Allah..supaya kita sentiasa bersedia sentiasa setiap detik,setiap saat dan setiap hari ....apa yg kita buat? Apa yang aku dah kumpul ? Bekal ke dunia abadi?
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar baktiku masih tidak mencukupi lagi,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar usahaku tak sampai mana pun lagi,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kealpaan selama ini,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kepalsuan lagi.
Inginku pastikan...sebelum aku di panggil inginku jejakkan kaki ke Tanah suci bersama insan2 yang aku sayangi....inilah hadiah yg paling mahal yg ingin ku berikan utk diri, ma dan abah serta suamiku....teringin sangat aku menyucikan jiwa dan dosa sebelum ku dijemput ke dunia abadi....
Cukupkan bekalan di dunia abadi...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.
Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.
Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.
Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya
Kalau boleh aku nk anak2 ku contohiku melalui tauladan...aku nak beri terbaik utk ibubpaku dunia akhirat..supaya suatu hari nanti anak2 ku tak lupa padaku....kita dapat apa yg kita beri...insyaallah....
Alhamdulillah sebagai penutup bulan 2012.. Akhirnya dapat jugak Jam Tangan keramat dari MDM...ini la hadiah sempena kelahiranku 22 Disember 2012... Hasil kerjasama dalam team akhirnya dapat jugak cecah sales 100 k.....tahniah utk semua my team....
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih mengunjungi kami...Datang Lagi yeee :)