1. MATLAMAT
Perlu realistik. Jangan tetapkan matlamat terlalu tinggi. Turunkan berat badan sebanyak 1/2-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang sihat adalah 2-4 kg sebulan.
2. UBAHSUAI RESIPI DI RUMAH
Kurangkan lemak, minyak, gula dan garam dalam masakan. Lebihkan sayur setiap kali memasak hidangan utama seperti makan tengahari dan makan malam. Ubahsuai cara memasak misalnya dari menggoreng kepada merebus.
Cuba elakkan menu berasingan untuk diri sendiri. Amalkanlah pemakanan sihat bersama keluarga. Masak makanan mengikut keperluan sahaja.
3. ‘SLIMMING DIET’
Tidak perlu membeli makanan
istimewa untuk penurunan berat
badan. Makanan „istimewa‟ ini
adalah rendah kalori dan mahal. Kebiasaannya, makanan ini juga mempunyai kandungan nutrien
yang sama dengan makanan biasa,
oleh itu amalan pemakanan yang
betul lebih praktikal dan mudah serta tidak melibatkan kos yang tinggi.
4. MAKAN DI LUAR RUMAH
Awas ketika memilih makanan. Pastikan anda bijak memilih makanan yang sihat dan seimbang. Hadkan pengambilan makanan segera (fast food) dan makanan yang mengandungi sos dan perisa dan pengawet makanan. Hadkan makanan bergoreng. Pilih lebih sayur dan buah.
Salah satu tips yang mana sangat memberi impaks kepada sahabat sahaja kat luar sana ...
Pemakaian premium beautiful boleh menurunkan berat badan secara sihat dan selamat...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih mengunjungi kami...Datang Lagi yeee :)