Monday 28 November 2011

Langkah beribu batu bermula dari langkah yg pertama

Langkah beribu batu bermula dari langkah yg pertama ...
Takut mencuba utk melangkah ...
 Sampai bila - bilapun tak merasa ..
Takut hanya ilusi minda sahaja ,
 orang yg merasa adalah orang yg melawan rasa takut
 bukan melayan takut .

Best betul kata-kata CDM Kak Ana ni...

Bukan senang kita nak mulakan langkah pertama..

ibarat baby yang baru belajar bertatih..

berapa kali baby tu terjatuh sebelum boleh berjalan dan seterusnya boleh berlari..

tapi kadang-kadang disebabkan takut jatuh,

baby akan berpegang kepada benda di sekelilingnya...ibarat saya dalam bisnes ini.mulanya berpaut dan

dipimpin oleh upline dan pemimpin ...

tetapi untuk lebih hebat dan kuat kita perlu berdiri atas kaki sendiri..

lakukan sesuatu tanpa bantuan upline ...

kita juga bakal memimpin orang lain.....


"Kehebatan yang sebenar bukannya tak pernah jatuh...tapi bangun setiap kali jatuh".....

inilah yang buat kita lebih kuat...
selagi kita tak cuba untuk melangkah selagi tu kita tidak tahu potensi dan kemampuan kita...
cuba dulu..baru kita tahu..tak kenal maka tak cinta...bila dah cinta...apa yang kita buat akan jadi mudah..
cintai apa yang kita lakukan...barulah kita akan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh......

Keistimewaan FIR "Far Infrared Rays":


Bagaimana Proses Premium Beautiful dibuat boleh menghasilkan FIR?

Premium Beautiful dibuat daripada fabric yang mengandungi serbuk Bio-ceramik yang sangat halus ditenun sulam menjadi benang fabric berteknologi tinggi Akwatek dan Akwadyne dari USA menggunakan teknologi tinggi hasil gabungan penyelidikan global pakar saintis Amerika Syarikat ,Jerman ,Eropah ,China ,Jepun dan Taiwan. Fabrik ini sangat selesa dipakai berbeza dengan pakaian biasa.

FIR dipancarkan daripada bio-ceramik yang ditenun sulam dengan fabric Akwatek & Akwadne menggunakan teknologi tinggi dan kepakaran Jepun. Bio-Ceramik Premium Beautiful terdiri daripada platinum (bahan asas) dicampur dengan 40 serbuk batu galian bertenaga yang dimasukkan ke dalam tiub fiber berkeanjalan tinggi. Apabila dipakai atau bersentuhan sahaja dengan kulit manusia ia automatik ia akan melepaskan gelombang tenaga FIR atau cahaya merah jarak jauh yang bergelombang elektromagnet 6-15micron yang sama dengan ukuran gelombang dalam badan manusia .

Keistimewaan FIR "Far Infrared Rays":
Memperbetulkan aliran darah dalam tubuh.
Meningkatkan kadar metabolisma .
Membetulkan dan memulihkan sistem pernafasan.
Mengelakkan pertumbuhan bakteria.
Mengeluaran perpeluhan.
Menggalakkan tumbesaran lebih teratur.
Mengekalkan kesegaran badan.
Mengurangkan kandungan asid dalam badan.
Menghilangkan kesakitan pada tubuh badan.
Tidur yang selesa dan nyenyak.
Menghilangkan bau badan.
Menghilangkan kulat dan fungus.
Membersihkan udara dalam badan.
Mengekalkan kepanasan suhu badan.
Menghalang pembiakkan sel kanser dalam badan.
Membetulkan sistem urat saraf badan secara automatik.

Sunday 27 November 2011

Obesiti dan Kesannya...

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan  dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion  penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja

Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak
Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards  ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.

Mohana Priya
Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia

Wednesday 23 November 2011

CAHAYA MATA PENYEJUK HATI...

      Perkara paling indah dalam hidup setelah berumah tangga bila dapat berita tentang kehadiran orang baru dalam keluarga...anak adalah anugerah ilahi yang diamanahkan kepada kita...pesanan untuk diri sendiri juga,maka jagalah,didiklah mereka menjadi anak yang soleh dan solehah...



Namun bukan semua yang bertuah dianugerahkan dengan cahayamata.. tidak semua mendapat anugerah anak dengan mudah. kekadang perlu melalui ujian yang pelbagai. ada yang hingga kini terusan tidak punyai zuriat. lalu, dengan hati yang penuh mengharap , pelbagai usaha diikhtiarkan agar zuriat impian akhirnya mampu ditatang. tetapi itulah, perancangan allah kekadang lain dari yang kita harapkan.
teruslah berusaha, berdoa dan merintih, mudah-mudahan impian, allah makbulkan jadi kenyataan.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

         Saya ingin berkongsi juga dengan kawan-kawan diluar sana...sudah ramai yang mencuba dan sudah ramai yang telah berjaya setelah mencuba produk maharani..testimoni rakan saya sendiri seorang guru setelah mencuba pelbagai produk akhirnya menemui produk maharani...alhamdulillah dia kini sudah pun mempunyai 3 cahaya mata...sehingga kini dia memperkenalkan rakan-rakan yang lain untuk mencuba produk ini,alhamdulillah dengan izin Allah kelima-lima kawan yang diperkenalkan dengan produk Herba Maharani berjaya mendapatkan zuriat...dia mengamalkan 3 kotak (waktu period x boleh makan). Makan separuh daripada bola iaitu 25 biji sebelum makan pagi....insyaallah..tapi kena konsisten dan lihatla hasilnya...

           Tidak lengkap sekiranya kita tidak memakai premium beautiful...
Set PREMIUM BEAUTIFUL ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah – masalah seperti asma, senggugut yang teruk, migrain, darah tinggi, gastric, buasir, menghilangkan scratch mark di perut (bagi wanita lepas bersalin) mengstabilkan hormon, mencegah kanser payudara dan kanser rahim, meletakkan rahim dalam kedudukan yang betul (sesuai untuk wanita yang susah mengandung....dengan izin Allah insyAllah), membentuk badan yang sihat serta mengurangkan berat badan. Ia juga amat baik untuk melancarkan perjalanan darah serta penghantaran nutrient ke seluruh badan dan pengeluaran bahan buangan yang lebih efisien. Banyak testimonial yang telah berjaya….
anda bila lagi...

Monday 21 November 2011

Sembelit???

Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung.

 Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.Masalah ini boleh menyebabkan berlakunya Buasir...

HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).

Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.
Walaupun topik ini agak jarang dibincangkan, buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang.

Terdapat lebih kurang separuh daripada orang dewasa yang berumur sekitar 50-an mengalami rasa gatal-gatal, pendarahan dan kesakitan di bahagian anus yang merupakan tanda-tanda awal buasir akan berlaku.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah dan pengubatan yang boleh merawat penyakit ini. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini hanya memerlukan penjagaan kebersihan diri dan beberapa perubahan dalam cara kehidupan terutaman dari segi pemakanan.

Jenis, tanda dan simptom berlakunya buasir bergantung pada kawasan sekitar anus di mana buasir itu terjadi
Punca-punca
Buasir boleh berlaku apabila terdapat sebarang tekanan yang berterusan di dalam pembuluh darah di bahagian bawah rektum.

Punca-punca tekanan berlaku adalah:

* Pesakit mengalami sembelit dan regangan yang berlaku sewaktu sembelit. Gejala ini boleh berlaku akibat tumor di bahagian rektum. Oleh itu, buasir dalam keadaan ini hanyalah masalah luaran sahaja sedangkan masalah asal ialah tumor di dalam rektum.

* Pesakit mengalami cirit-birit dan pengeluaran najis cair secara berterusan. Bagi mereka yang berpotensi untuk terjadi buasir, kerapkali merasakan gejala buasir ini sewaktu mengalami keracunan makanan yang menyebabkan cirit-birit selama beberapa hari.

* Pesakit berada dalam keadaan duduk atau berdiri dalam jangka masa yang lama. Contohnya, para penunggang motosikal jarak jauh, pemandu teksi, lori dan bas, pekerja pejabat dan juga, mereka yang harus berdiri lama di dalam pekerjaan seharian seperti guru dan sebagainya.

* Pesakit yang mengalami obesiti.

* Pesakit terpaksa mengangkat objek yang berat.

* Pesakit yang mengandung dan melahirkan anak.

Buasir juga boleh diwarisi. Namun begitu faktor-faktor yang tersebut di atas perlu wujud untuk terjadinya buasir

Ujian saringan
Dr. Abd. Hamid berkata, secara amnya, anda perlu berjumpa doktor sekiranya buasir yang dialami tidak pulih melalui penjagaan kebersihan diri, mengakibatkan rasa sakit atau berlaku pendarahan secara berlebihan.

“Tetapi sekiranya masalah berterusan walaupun telah mendapat rawatan awal dengan ubat-ubatan daripada doktor di klinik, maka pesakit haruslah mendapatkan rundingan pakar bedah.

“Tanda yang paling ketara seseorang itu mengalami buasir dalaman ialah berlakunya pendarahan di bahagian anus sewaktu membuang air besar.

“Namun, pendarahan rektal boleh berlaku atas sebab lain. Oleh itu, pesakit dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk memastikan ia tidak berpunca daripada sebarang penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal,” ujar beliau.

Jika pada peringkat awal buasir terdapat perubahan yang ketara apabila anda membuang air besar atau jika najis berwarna hitam, merah pekat atau seakan tar, silalah berjumpa dengan doktor pakar dengan segera.

Warna najis yang sedemikian menunjukkan pendarahan telah berlaku di bahagian lain dalam salur pencernaan anda.

Anda juga dinasihat untuk mendapatkan penjagaan kecemasan sekiranya terlihat pendarahan yang banyak pada anus, rasa pening-pening atau pitam.

Doktor juga boleh menentukan jika anda mengalami buasir luaran hanya dengan melihat bahagian buasir itu.

“Untuk buasir dalaman, doktor mungkin ingin menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan jari yang bersarung getah atau Digital Rectal Examination (DRE). Tetapi, teknik pemeriksaan ini bukanlah muktamad kerana kadangkala buasir dalaman terlalu lembut untuk dikesan melalui pemeriksaan rektal.

“Dalam kes ini, doktor anda mungkin ingin memeriksa bahagian bawah kolon dan rektum dengan anaskop, protoskop atau sigmoidoskop,” jelas Dr. Abd. Hamid.

Tambah beliau, kadangkala, pemeriksaan yang lebih ekstensif termasuk pemeriksaan keseluruhan kolon dan rektum menggunakan kolonoskopi fiber optik yang anjal untuk mengesan pendarahan pada lesi di bahagian rektum atau mana bahagian kolon yang harus dilakukan.

Pesakit dinasihatkan untuk mendapat rawatan susulan jika berlaku pendarahan yang berterusan selepas sesuatu rawatan

Rawatan
Dalam banyak kes rawatan buasir, terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan sendiri.
Tetapi, perlu diingatkan, ada waktunya, pengubatan atau prosedur pembedahan adalah perlu.

Jika buasir anda hanya mendatangkan rasa ketidakselesaan yang sedikit, doktor mungkin akan mencadangkan krim, ubat sapuan atau pad yang mengandungi agen antiradang.

Bahan seperti ini mengandungi steroid hidrokortison yang boleh dibeli di kaunter farmasi sebagai ubat OTC (over the counter) dan tidak memerlukan preskripsi.

Jika pesakit mengamalkan rawatan ini dengan mandian air panas, ia akan mengurangkan simptom-simptom buasir.

Jika terdapat darah beku di bahagian dalam buasir luaran, doktor akan membuang darah beku itu dengan melakukan insisi (pemotongan) ringkas yang akan melegakan rasa sakit yang dialami.

Prosedur ini biasanya akan dilakukan dengan menggunakan bius umum dan pesakit tidak akan berasa apa-apa kesakitan.

Selepas pembedahan ini dilakukan, sebagaimana pembedahan lain yang melibatkan kawasan luka pada anus, pesakit harus mencuci luka di dubur dengan kaedah mandian sitz, melibatkan rendaman dubur yang luka di dalam air suam yang dicampur larutan garam (salina) selama 15 hingga 20 minit setiap kali, 2 hingga 3 kali sehari.

Jika anda mengalami kesakitan atau perdarahan buasir yang kerap, doktor mungkin mencadangkan:

* Banding Haemorrhoids. Doktor akan meletakkan satu atau dua gelung getah di pangkal buasir dalaman untuk menyekat peredaran darah dan buasir itu akan terjatuh dalam jangka masa tertentu.

Prosedur ringkas yang dikenali sebagai ligasi pita getah (rubber band ligation) boleh dilakukan di klinik doktor dan amat berkesan bagi ramai orang yang mengalami buasir peringkat 1 dan 2.

* Skleroterapi. Prosedur ini melibatkan satu larutan kimia yang disuntik di sekitar salur darah untuk mengecutkan buasir. Prosedur boleh mendatangkan komplikasi yang buruk seperti pendarahan dan jangkitan kuman di bahagian yang disuntik. Oleh sebab itu, prosedur ini amat jarang dipraktikkan oleh pakar bedah seluruh dunia.

* Lampu inframerah. Lampu inframerah yang dipancarkan selama 1 hingga 2 saat ke bahagian buasir boleh memotong peredaran darah dan mengecilkan bahagian buasir dalaman yang berdarah. Kaedah ini memerlukan penggunaan alat inframerah fotokoagulator yang berteknologi tinggi. Oleh kerana keberkesanan kaedah ini adalah sama dengan rubber banding, kaedah ini tidak begitu popular di kalangan pakar-pakar bedah.

* Pembedahan. Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum. Selalunya, ia dijalankan sebagai rawatan pesakit luar tetapi pesakit boleh bermalam di hospital jika perlu. pesakit juga boleh mendapatkan ubat jika berasa tidak selesa dan sakit selepas prosedur dijalankan. Salah satu cara melegakan rasa sakit ialah dengan kaedah mandi sitz (pesakit duduk dalam suatu tab mandi pinggul yang agak cetek). Selain itu, teknik pembedahan yang terkini seperti Stapled Haemorrhoidopexy mungkin akan mengurangkan rasa sakit yang dialami. Walau bagaimanapun, prosedur ini masih belum menjadi prosedur pembedahan yang menjadi kebiasaan untuk rawatan buasir teruk kerana keberkesanan keseluruhannya masih di dalam proses kajian.

Pencegahan
Untuk mencegah buasir atau flare-ups anda dinasihatkan supaya:

* Makan makanan berserat tinggi. Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin di dalam diet pemakanan anda. Dengan berbuat demikian, ia akan melembutkan najis serta meningkatkan saiznya di mana ia akan mengurangkan kebarangkalian pesakit untuk meneran yang akan mengakibatkan buasir.



* Minum air yang banyak. Jumlah air yang anda patut minum setiap hari berbeza dan bergantung kepada faktor umur, jantina, kesihatan, tahap aktiviti dan faktor-faktor lain.

* Ambil makanan tambahan yang berserat. Produk yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti Metamucil dan Citrucel akan membantu anda membuang najis yang lembut dan secara lebih kerap.
Rujuk kepada doktor anda tentang penggunaan ubat yang boleh melembutkan najis.

Jika anda mengambil makanan tambahan berserat, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Jika tidak, ia akan mengakibatkan sembelit atau menjadikan buasir lebih teruk. Tambahkan pengambilan serat tambahan ke dalam diet anda secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang masalah dengan gas (angin).

* Melakukan aktiviti fizikal. Aktifkan diri anda dengan mengurangkan tekanan pada vena (pembuluh darah), yang akan terjadi apabila anda berdiri atau duduk terlalu lama. Selain mengelakkan sembelit, dengan melakukan latihan, anda juga boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan.

* Elakkan berdiri atau duduk dalam jangka masa yang lama. Jika anda terpaksa duduk untuk jangka masa yang lama, jangan gunakan kusyen donut sebagai alas kerusi anda. Ia hanya akan meningkatkan tekanan pada vena di dalam anus.

* Elakkan meneran. Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar akan mengakibatkan tekanan yang kuat dalam vena di bahagian bawah rektum.

* Jika terasa ingin membuang air besar, lakukan dengan segera. Jika ditahan, najis anda akan menjadi kering dan lebih sukar untuk dibuang

               Kesimpulannya..lebih baik mencegah daripada mengubati...sebelum sembelit menjadi lebih parah (buasir) baik kita jaga usus kita dengan ...produk minuman kesihatan Lactolite...sangat berkesan..tak perlu risau bila ingin ke tandas...
             Memang anda tak perlu lagi meneran.kalau ibu lepas bersalin cuba la produk ini,sememangnya ia sangat membantu anda mengurangkan kesakitan selepas bersalin..anda mungkin takut jahitan serta sakit bila meneran..insyaallah..lactolite akan membantu anda...

             Tetapi seandainya anda sedang mengalami masalah ini jangan malu dan segan hubungi kami..kerana Long Girdle Premium Beautiful boleh membantu anda..banyak testimoni yang berkesan apabila memakai Long Girdle(seluar) Premium Beautiful.....


Apakah Hormon?

APA ITU HORMON?

Hormon memainkan peranan penting dalam koordinasi kimia. Hormon berfungsi mengawalatur semula proses fisiologi dalam manusia dan tumbuhan seperti proses pertumbuhan dan pembiakan.

Masa puncak tahap rembesan hormon adalah pada kira-kira 21-22 tahun tetapi tahap rembesan hormon menurun sebanyak 15% pada setiap 10 tahun iaitu kira-kira 1.5% pada setiap tahun.


Pengurangan hormon mempengaruhi fungsi organ badan yang merosot dan menyebabkan proses penuaan.
Proses penuaan sebenarnya merupakan kemerosotan fungsi fisiologi manusia yang dikaitkan secara langsung dengan pengurangan hormon.

Semasa terjadi ketidakseimbangan hormon ,ia akan menyumbang kepada masalah kesihatan terutamanya mempercepatkan penuaan.
Wanita mengalami proses penuaan lebih awal daripada lelaki kerana penurunan paras hormon dikalangan wanita selalunya berlaku pada usia 30 tahun dan lelaki selepas usia 35 tahun.


WANITA DAN MASALAH KESIHATAN
1.Remaja (umur 20 tahun): mudah berjerawat,senggugut,kitaran haid yang tidak tetap.
2. Kehamilan(30tahun) tidak apat tidur,letih,saiz badan meningkat,sembelit,perubahan emosi.
3. Tengah umur (umur 40 tahun) :garis-garis halus ,kulit berkedut,pigmentasi,osteoporosis,arthristic,kekurangan kesuburan.
4. Umur 50 tahun dan ke atas: putus haid,murung kehilangan rambut,gout,imsomnia,kepanasan.

LELAKI DAN MASALAH KESIHATAN

50 tahun dan ke bawaha;
lemah tenaga batin,kerap rasa letih,hilang selera makan ,penurunan berat badan,masalah sembelit,murung,insomnia dan sakit kepala,pengurangan kesuburan.

KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Ketidakseimbangan hormon mempercepatkan lagi proses penuaan kulit dan menyebabkan tanda-tanda penuaan pada kulit seperti:

1.pigmentasi
2.Kulit lebih kering dan kasar
3. Kulit berkedut dan tanda -tanda garis halus
4. Kulit berkusam.
5. Proses pemulihan menjadi lambat
6.Muka melendut
7.kecerahan kulit tidak lagi berseri seperti dahulu.
8. Liang pori-pori semakin besar.

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON:

1.  Diet/pemakanan

2. Bahan kimia

3.   usia

4.  pencemaran udara


5. Stress

 Tapi kini dengan penggunaan Bio-ever nano Cream, dapat melanjutkan keremajaan dan menjadi lebih sihat..cuba dan lihatlah hasilnya...

Sakit usus – BIASA ATAU BARAH? (Berita Harian, 2 November 2010, Pg 08)

PENYAKIT sindrom gangguan usus atau irritable bowel syndrome (IBS) merupakan sejenis penyakit di usus yang biasa dihidapi di sini.

Sekitar 10 peratus penduduk Singapura terjejas oleh IBS yang menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan di perut, perut kembung atau cirit-birit.

Tetapi, gejala atau simptom penyakit IBS ini boleh juga merupakan gejala bagi penyakit yang lebih serius iaitu barah di saluran neuroendokrin.

Ini bermakna, seorang yang disangka menghidap IBS yang tidak membawa maut, boleh sebenarnya menghidap barah neuroendokrin.

Maka itu, untuk lebih memahami sama ada terdapat kaitan antara gejala-gejala penyakit IBS dengan barah neuroendokrin, Hospital Besar Singapura (SGH) dan Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) telah melancarkan satu kajian perintis yang melibatkan para pesakit IBS atau mereka yang menunjukkan tanda-tanda menghidap IBS.

“Ia adalah kajian peringkat awal untuk lebih memahami kaitan antara gejala kedua-dua penyakit ini.

“Para individu yang menunjukkan gejala-gejala IBS yang terlibat dalam kajian ini akan diambil darahnya untuk ujian Chromogranin atau CgA untuk mengesan kemungkinan adanya tumor-tumor barah neuroendokrin,” kata pengkaji utama, Dr Wang Yu Tien, konsultan bersekutu di Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi di SGH.

KAJIAN PERTAMA

“Ia merupakan kajian pertama yang dijalankan di sini untuk meningkatkan pemahaman kami mengenai tumor barah neuroendokrin,” tambahnya.

CgA adalah protein yang dikeluarkan oleh sel-sel tumor berbarah ke dalam saluran darah.

Lebin tinggi kadar CgA ini, maka lebih berkemungkinan seseorang itu menghidap barah neuroendokrin.

“Sekiranya ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada paras normal, maka berkemungkinan individu itu menghidap barah tersebut,” jelas Dr Wang dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Sistem neuroendokrin ialah kombinasi sistem endokrin (melibatkan hormon-hormon yang bertindak sebagai pengutus biokimia untuk mengatur fungsi organ dalam tubuh) dengan sistem saraf (yang menjalankan fungsi yang sama menggunakan gerakan elektrikal).

Tumor neuroendokrin berasal daripada sel-sel pengeluar hormon di dalam sistem neuroendokrin. Salah satu jenis tumor itu ialah tumor carcinoid yang biasanya tumbuh di paru-paru dan saluran usus dan perut.

Hormon-hormon yang dikeluarkan itu boleh membuat pesakit rasa tidak selesa di perut atau mengalami cirit-birit.

Gejala ini mudah disalah anggap sebagai gejala penyakit IBS, lantas membuat barah neuroendokrin susah dikesan.

Menurut Dr Wang lagi, barah neuroendokrin jarang berlaku di sini. Ia barah yang lambat tumbuh dan sering apabila didiagnosis, pesakit sudah menghidapinya di peringkat yang lanjut.

KES SEMAKIN BERTAMBAH
“Sungguhpun ia jarang berlaku, tetapi kami lihat kesnya semakin bertambah – di seluruh dunia kini lima orang dalam setiap 100,000 orang menghidapinya.

“Ia mungkin kerana pesakit dapat hidup lebih lama dengan tumor yang lambat tumbuh – sampai tujuh hingga sembilan tahun – walaupun ia telah merebak ke seluruh badan,” kata Dr Wang.

Jumlah kes pesakit barah neuroendokrin di Singapura belum dapat dikumpulkan sejauh ini.

Para peserta kajian itu telah didapatkan daripada mereka yang menghadiri satu simposium kesihatan di Pusat Konvensyen, Raffles City kelmarin. Sekitar 100 orang dijangka terlibat.

Seluruh kajian ini dijangka selesai dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

SAYANGI USUS ANDA..

INTESTINE/USUS

Usus terbahagi kepada dua jenis iaitu usus besar dan usus kecil...usus merupakan bahagian terpanjang dalam sistem pencernaan...Usus kecil dalam tindakan manusia dewasa sekitar 7 meter panjang dan adalah sekitar 2,5-3 cm. Meskipun usus kecil jauh lebih panjang dari usus besar (biasanya 4-5 kali lebih lama), itu mendapatkan namanya dari diameter relatif kecil. Meskipun tabung sederhana panjang dan diameter usus kecil akan memiliki luas permukaan hanya sekitar 2 0.5m, kompleksitas permukaan lapisan dalam usus kecil meningkatkan luas permukaan dengan faktor kira-kira 200m 500 2, atau kira-kira ukuran lapangan tenis.
Usus kecil terbahagi menjadi tiga bahagian struktur:


  • Duodenum 26 cm (9,8 in) panjang
  • Jejunum 2,5 m (8,2 ft)
  • Ileum 3,5 m (11,5 ft)





Fungsi Usus Kecil:
1.Mencerna/mengurai makanan
 Usus kecil berfungsi untuk mencerna makanan yang tidak dapat dicernakan diperut..enzim yang terhasil di usus kecil akan mencernakan lemak,protein dan karbohidrat yang belum dicernakan.
2.Penyerapan Makanan
Setelah makanan kita selesai diurai dan dicernakan, proses yang berlaku seterusnya ialah penyerapan dan asimilasi makanan. Makanan masuk ke pembuluh-pembuluh darah di dinding usus secara resapan (diffusion). Usus kecil manusia dilengkapi unjuran-unjuran mikroskopik yang dikenali sebagai mikrovili, yang berfungsi meningkatkan jumlah luas permukaan di usus untuk penyerapan makanan yang optimum.
Vili ini dibekalkan oleh tisu limpa dan darah dalam kapilari-kapilari. Sel-sel epitel pada vili berperanan mengangkut nutrisi-nutrisi dari lumen usus kecil ke kapilari dan pembuluh-pembuluh darah tersebut. Gula dan asid amino dibawa merentasi kapilari manakala pembuluh limfa (dikenali sebagai lakteal) pula menyerap lipid dan lemak. Selain karbohidrat, protein dan lemak, usus kecil juga menyerap bahan-bahan asas lain seperti besi, vitamin B12, serta ion-ion seperti sodium.
.
Fungsi usus Besar:

Usus besar manusia dihuni oleh pelbagai jenis bakteria yang sentiasa berhubung dengan molekul-molekul tubuh manusia secara simbiosis. Bakteria-bakteria ini juga ‘terlibat’ dalam proses penghasilan gas-gas di dalam usus manusia (ia dilepaskan keluar melalui anus sebagai flatulence atau lebih popular dengan nama kentut).
Walaubagaimanapun, tugas atau fungsi usus besar lebih tertumpu kepada penyerapan air daripada bahan-bahan yang dicerna (yang dikawal kelenjar hypothalamus) dan penyerapan semula sodium, sebagai mana ia menyerap semula nutrien-nutrien yang melepasi (tidak diserap sepenuhnya) semasa proses pencernaan pertama di ileum

Proses pencernaan makanan telah pun berlaku di usus kecil, dan hanya penyerapan air serta garam sahaja yang berlaku di usus besar. Oleh itu, usus besar sangat berperanan dalam menjaga keseimbangan bendalir dalam badan. Berikut adalah huraian terperinci mengenai fungsi usus besar mengikut bahagian-bahagiannya:
1. Sekum
Pada titik pertemuan ileum dengan sekum, terdapat injap atau otot sphincter yang
terbuka dan menolak makanan dari ileum kepada sekum yang sedang mengembang.
Sekum menerima makanan yang telah dicerna di usus kecil dan menolaknya ke arah
kolon menaik. Makanan yang diterima adalah berupa serat-serat tidak tercerna dari
makanan yang dimasak, sedikit air, vitamin, mineral dan garam.
2. Kolon
Kolon menjadi perumah kepada pelbagai jenis bakteria yang berguna kepada tubuh
badan. Bakteria-bakteria ini menghasilkan vitamin K yang diperlukan dalam proses
pembekuan darah.
Sel-sel dari lapisan kolon menyerap sebahagian besar air, vitamin dan mineral dari
jisim-jisim lembap dan makanan-makanan tidak tercerna yang diterima dari sekum.
Dengan tindakan otot, najis dan makanan-makanan tidak tercerna dibawa melalui
kolon untuk sampai ke rektum. Penghapusan bahan sisa bertoksik dalam bentuk tinja
adalah salah satu fungsi utama usus besar.
3. Rektum
Rektum menerima kotoran/ najis dan menyimpannya sehinggalah ia dikeluarkan
melalui anus, bahagian terakhir dalam sistem pencernaan manusia




Sunday 20 November 2011

Cuti Sekolah Bermula...Kenduri oh,kenduri...

Cuti sekolah dah bermula..biasanya kalau cuti sekolah ramai yang ambil kesempatan mendirikan masjid..alhamdulillah..kenduri-kendara di sana -sini...

Mak ayah pengantin sibuk uruskan majlis kenduri..si pengantin pulak..biasalah orang yang paling penting ...nak jadi raja sehari...mesti nak nampak cantik di hari persandingan....hari yang paling bahagia,insyaallah sekali seumur hidup mesti nak nampak paling cantik...

Tapi..pilih baju pengantin bukan main lagi..semua cantik-cantik...kalau yang dah tempah lama tu..dah tak sabar nak pakai di hari persandingan...kecantikan luar dan dalaman kena jaga...jangan pulak dah tiba saat indah...alamak!!!! Tak muat la nak pakai baju pengatin...huhu i dah tempah tema warna ungu...macamana ni....tak muat...huhu.....jangan risau sebelum semua ini berlaku baik cepat-cepat bersedia...



Nak bersedia macamana pulak???

Pengantin kena ada 3 persediaan:
1. Corset Premium Beautiful(dapat bentuk badan serta merta)
2. Minuman lactolite(cuci usus,disamping boleh mengurangkan berat badan)
3. Herba Maharani...(nak wajah yang berseri..dan yang penting persediaan untuk malam pertama)

Friday 18 November 2011

Berita gembira untuk ibu mengandung..Shortbra..

Hari-hari pergi kerja memang tak boleh kalau tak pakai corset premium beautiful...macam dah bersatu dengan kulit....inilah bodyguardku..tapi bila kandungan dah makin membesar,terpaksa la aku menyimpan elok-elok corset ni sebab perut dah besar ...longbra dah tak muat...kalau nak pakai kena pakai sampai ke perut...huhu...sedihnya...tapi alhamdulillah syukur sangat..dapat hot news....



shortbra baru dipasarkan...apa lagi ..tak sabar betul aku nak ke stokis beli shortbra...fungsinya sama je dengan longbra...cuma dia pendek macam bra yang kita pakai selalu...so...tak risau lagi sebab ada pengganti longbra...walaupun tak boleh pakai satu set...at least dapat juga protect diri dari kanser payudara....takut betul sekarang ni kalau dengar pasal kanser...tapi kita tak boleh lari..penyakit ni tak pilih orang...sesiapa saje ada kemungkinan ...baik kita sediakan payung sebelum hujan...lebih baik mencegah daripada mengubati..kalau dah berubat bukan seribu dua kosnya...makan berpuluh hingga ratusan ribu gak...mudahan kita dijauhi daripada penyakit...saya pun takut tengok gambar kat bawah ni ..

Berpantang Zaman Moden

Hari ini dah masuk 34 minggu kandungan perut ni...tapi kalau lihat kat perut ni rasa macam besar sangat. tapi alhamdulillah ibu masih kuat lagi untuk bergerak ke sana ke mari...bisnes tetap bisnes..lagi kuat semangat sebab berbadan dua ni..insyaallah orang kata rezeki anak ni Allah akan lipat gandakan bila bertambah lagi cahaya mata kita...
        Tapi bukan nak citer pasal mengandung..sebab ini dah anak ke -3...cuma nak berkongsi pengalaman, masa anak sulung bukan main lagi susah pakai bengkung yang kena lilit satu badan tu..siap abang yang tolong ikat..tapi nak jaga badan punya pasal pakai je la...tapi..alhamdulillah..syukur sangat sebab lepas je bersalin anak yang ke-2 saya diperkenalkan dengan satu produk yang sangat hebat...



Apa taknya..baru lepas bersalin saya terus pakai bengkung premium beautiful...tak leh nak pakai satu set lagi sebab luka jahitan belum sembuh..tapi kesannya memang menakjubkan;
1.sakit badan atau lenguh-lenguh hilang..
2. angin pun tak masuk
3. dapat kekalkan kepanasan suhu badan..
4.membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik..

Tapi lepas je 2 minggu saya pakai bengkung dan longbra,sebab nak pakai girdle tak berani lagi...best sangat..selalunya saya akan mengalami bengkak susu..tapi kali ni masalah ni tak de lagi dengan pakai longbra premium beautiful susu badan makin banyak tapi susu tak pernah melimpah dan membasahi baju..alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak nombor 2 ni hingga 2 tahun lebih.

Lepas 40 hari darah nifas dah tak keluar..tapi saya dah cuba pakai longgirdle premium beautiful. tiga hari lepas pakai premium beautiful satu set..
.saya terkejut sebab darah keluar lagi ,pekat berketul-ketul lagi kat jaring long girdle...ada lagi darah rupanya yang tak tersekat tak leh keluar...
saya risau juga...tapi rupanya fungsi jaring ni seperti bertangas..

memang itulah fungsi jaring yang ada pada long girdle ni berfungsi menarik keputihan dan menghilangkan kesan bau pada badan.. pada bahagian longgirdle tu...direka bentuk seperti rahim wanita..yang bestnya lepas pakai sebulan kesan rekahan pada kulit hilang dan perut pun tak mengelebeh...berat badan saya pun maintain...cuma lemak yang tak sepatutnya ada hilang sedikit demi sedikit....




Sebelum bersalin lagi dah terfikir nak guna produk apa yea untuk betulkan balik alignment yang dah lari. betul tak?

 risau gak kalau dah tak ada shape..

risau kot-kot abang duk jeling kat orang lain...kalau tak pun orang lain duk jeling-jeling manja kat abang kita....

..lagi satu,nak juga tambah tenaga sebab banyak tenaga yang telah digunakan masa nak bersalin....

begitu besar pengorbanan seorang ibu dan wanita..setakat nak hadiahkan satu corset kat isteri tu sepatutnya tak perlu nak fikir panjang...

dah 9 bulan wanita duk bawa anak kat dalam perut,macam-macam dugaan yang mereka tempuhi dan yang saat paling getir waktu nak bersalin....hadiahkanlah diri anda dengan satu set premium beautiful..
tak perlu lagi nak pakai bra atau seluar dalam lain..ini je yang kita pakai hari-hari...memang tahan lama..
saya berani berkongsi kehebatan sebab saya pun dah rasa dan dah dapat kesan yang sangat hebat....

sayangilah diri kita sebelum menyayangi insan sekeliling kita...sebab kalau kita tak diri sape pulak yang nak jaga anak-anak dan suami...



Kesedaran wanita tentang kanser masih rendah


 24 July 2008
RAUB 11 Mei - Tahap kesedaran wanita berkaitan penyakit kronik terutamanya kanser payu dara di negara ini masih rendah walaupun banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, sejak program subsidi mamogram dilancarkan Mei tahun lalu, hanya 3,049 orang wanita ta...mpil menjalani pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan kerajaan dan swasta terpilih.

Kebanyakan yang tampil menjalani pemeriksaan tersebut pula, kata beliau, terdiri daripada golongan wanita bandar dan berpendidikan tinggi.
''Hasilnya sebanyak 241 kes adalah mencurigai dan telah dirujuk untuk siasatan selanjutnya dan 11 kes disahkan penghidap kanser.

''Walaupun statistik menunjukkan daripada 19 orang wanita, seorang adalah berisiko, namun jumlah mereka yang tampil menjalani pemeriksaan ini masih sedikit," ujarnya.

CANTIK ATAU SIHAT?

Sebagai seorang wanita ,saya percaya semua ingin nampak cantik..

tapi cantikkah kita andai kita sakit?

 Rata-rata wanita akan menjawab saya pilih dua-dua...

tapi apa buktinya anda sayang pada diri sendiri....

Hadiahkan lah sesuatu yang sangat bernilai untuk pakej kesihatan dan kecantikan..

Wahai wanita diluar sana,sedarlah bahawa penyakit atau bencana datang tanpa memberi salam..maka kita perlu sediakan payung sebelum hujan...

Sana -sini di dada akhbar cerita tentang pelbagai penyakit ..tp yang paling kerap menyerang wanita adalah kanser payudara dan serviks...

mencegah lebih baik daripada mengubati...

Wahai wanita atau suami yang menyayangi isteri mereka..hadiahkan lah Premium Beatiful..Pakej lengkap utk wanita..

Pelaburan seumur hidup...

Tuesday 15 November 2011

APA ITU PREMIUM BEAUTIFUL??

BERKENALAN DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL......


  • Pakaian dalam pembentukan kontur badan ber FIR berjenama Premium Beautiful  direkacipta hasil gabungan kepakaran teknologi Jerman dan Jepun.
  • Diperbuat daripada fabrik Akwatek dan Akwadyne yang sebati dengan air.
  • Ditenun dengan fiber Cahaya Infra Merah Jarak Jauh(Far Infrared Ray-FIR) terbukti memberi nafas baru dalam keanggunan,kesihatan dan keyakinan seseorang wanita masa kini.
  • direka daripada 32 lapisan fabrik yang ditenun dengan FIR yang mempunyai gelombang 4-16U. Menurut kajian sains,molekul air dalam sel pada organ dan tubuh badan manusia bergetar dalam lingkungan frekuensi yang sama.
  • Dengan pemakaian produk ini tindak balas resonans akan berlaku dan secara automatik molekul dalam badan akan bergetar dengan lebih aktif dan kuat.
  • Tindakan ini menghasilkan lebih banyak haba yang menyebabkan salur darah mengembang,perjalanan darah lebih lancar,penghantaran nutrien keseluruh badan menjadi lebih sempurna dan pengeluaran bahan buangan dari sel-sel badan.
  • Tubuh badan akan menjadi lebih bertenaga,cergas,sihat dan ceria.