Pages

Thursday, 31 January 2013

Amalan ayat 1000 dinar

Sekadar berkongsi apa yang saya dengar daripada mentor saya CDM Siti Rohana

Jutawan dermawan ..antara amalan beliau sepanjang berbisnes ialah...Mengamalkan ayat ini...

1. Ayat seribu dinar...


Sesungguhnya rezeki yang kita dapat semuanya datang dari Allah...dengan kehendak-Nya..yakin la dengan sepenuh hati ....Berusaha la bersungguh- sungguh dan yakin dengan rezeki Allah....

Dari Ibnu ‘Abbas r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".
(HR Abu Daud)

Kurus Dan Langsing Tanpa berdiet?


Sabda Rasulullah s.a.w: "Jauhilah kamu makan dan minum yg berlebih-lebihan, kerana yg demikian dapat merosak kesihatan tubuh." (HR.Bukhari)

Syukur Alhamdulillah,semoga setiap perbuatan kita dikira sebagai ibadah...

Setiap perkara yang dimulai dengan bismillah serta niat yang betul insyaallah dikira sebagai
Ibadah...

Selalunya kita tak sedar diri bila didepan kita ada makanan yang lazat dan enak....


Tapi saya nak share macammana kita boleh makan apa saje yang ada di dpan kita tapi dengan kuantiti yang terkawal dan tidak berlebih lebihan...macamana??


Premium beautiful boleh membantu kita,perut ibarat stokin,kalau makin diisi makin la

memboyot perut kita..tp dengan ada PB..ruang dalam perut akan lebih sempit...makan sikit

pun dah penuh...kurus dan ramping dengan selamat tanpa perlu berdiet...

Keterangan lanjut ..hubungi ct 01222814640..

KAYA ATAU MISKIN SATU UJIAN...

Apabila disebut Miskin, tiada siapa yang ingin miskin kecuali Nabi-Nabi sahaja kerana kezuhudan mereka. Sebagai manusia biasa, kita semua ingin kaya. Walau bagaimanapun, Kaya atau miskin, ada baik dan buruknya. Seorang mungkin dilahirkan miskin tetapi, di sisi Allah, beliau baik kerana akhirnya dengan kemiskinan seseorang itu, ia membuka jalan atau mendorong beliau untuk ke syurga. Dengan kemiskinan juga seseorang itu diberi pahala yang berlipat ganda. Begitu juga dengan kesusahan, seseorang itu dihapuskan dosa-dosanya yang tidak dapat dihapuskan dengan jalan lain. Atau seseorang itu dinaikkan darjatnya di sisi Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang terpuji kerana diberi pahala atas kesusahan-kesusahan yang dilaluinya.
Kaya pun ada baiknya. Seseorang kaya yang rajin bersedekah, rajin membantu orang dengan wang ringgitnya, rajin berderma dan membina masjid, contohnya, maka dia akan diterima amalannya oleh Allah dan digolongkan sebagai orang yang pemurah. Dengan kekayaannya juga dia rajjin memberi makan kepada orang miskin, berzakat dan membiayai orang untuk mengerjakan haji, yang mana amalan-amalan itu mungkin tidak dapat dilakukan oleh orang miskin.


Belum tentu kita dapat menukar wang berjuta dengan kebaikan.

Sebaliknya, miskin juga mungkin menjadi sebab untuk berlaku kekufuran (nauzubillah) dan dimurkai Allah atas kesombongan anda, akhlak yang buruk dan sebagainya. Dengan miskin, pakaian yang compang-camping, ia menyusahkan anda beribadat, apa lagi untuk memberi nafkah dan berzakat, sebaliknya menjadi peminta sedekah.

Bagi yang kaya, kalau tak berhati-hati, mungkin menjadi kikir, sayang kan harta, cintai dunia, sombong dan sebagainya seperti Qarun. Dengan ini amalan akan tertolak.

Maka secara kesimpulannya, segala-galanya terletak di hati, tangan, pancaindera, fikiran, perbuatan, niat dan ilmu di dada anda. Yang lebih besar dari itu ialah taufiq dan hidayah dari Allah. Pintalah taufiq dan hidayah dari Allah, moga Allah merestui anda dan mendorongkan anda kearah kebaikan…

Petikan dari http://www.frekuensikaya.com br />

Wednesday, 30 January 2013

SEDEKAH: Belum Cuba belum tahu...

Salam sahabat yang dikasihi semua

Semoga kita semua mendapat hidayah dan inayahnya ....

Sering kali kita takut dan berfikir bila kita memberi kita semakin kurang dan harta kita semakin

menyusut...itu mungkin ilmu matematik yang kita pelajari di sekolah, tapi berbeza dengan

ilmu yg Allah terangkan dalam Al- Quran...yang menyatakan...kita takkan pernah berkurang

apabila memberikan kepada orang lain...satu yang diberi 10 yang Allah ganti serta tambah

kepada kita....byngkan kalau kita beri banyak...

Semuanya dengan izin Allah, memberi dan mengambil semua yang kita miliki

sekelip mata akan hilang dengan izin Allah...tiada yang kekal di dunia ini..semuanya hanyalah

pinjaman dan alat untuk kita hidup di dunia yang sementara ini....

Ingatan utk diri sendiri...rezeki kita bukan semuanya hak kita..ada sebahagiaanya milik orang

lain yang perlu kita kongsikan bersama...jom sama2 kita sedekahkan sebahagian harta kita..

Salah satu ciri orang yang bertaqwa adalah membelanjakan sebahagian hartanya ke jalan

yang Allah Redhai@ sedekah....mulakan dengan sedikit..lama2 menjadi bukit...inilah

pelaburan utk akhirat....insyaallah...

Tetamu Allah ke Kota Mekah

Semoga Allah pilih kita untuk menjadi tetamu Allah,
Sekadar berkongsi dengan semua sedara seislam dan sahabat diluar sana...
Jom sama- sama kita tekad di hati dan sentiasa berdoa sewaktu sujud dalam solat...

1. Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

2. Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.

3. Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.

Monday, 28 January 2013

Pemakanan betul elak perut buncit

SEMUA wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.

>>Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis.

1.Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan.

2. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

3.Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

4.Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

5.Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.


Psstt:.. Ct nak bgth rahsia PB: bengkung Pb yang ada 7 tetulang boleh support tulang belakang...bila pakai secara automatik kita akan duduk secara tegak dan membaiki posture badan kita..


6.Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

7.Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

LUMINEZ: Tips untuk kulit Sihat Dan cantik

Mulakan rutin kecantikan anda hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan.


>>Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.

>>Minum 8 gelas air putih setiap hari.

>>Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.

>>Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.

>>Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.

>>Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.

>>Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.

>>Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.

>>Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.

>>Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.

>>Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.

>>Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.

Diharapkan tip ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.






Anda boleh cuba LUMINEZ..produk yang selamat digunakan utk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik..info lanjut ..0122814640

TIPS PENURUNAN BERAT BADAN

1. MATLAMAT

Perlu realistik. Jangan tetapkan matlamat terlalu tinggi. Turunkan berat badan sebanyak 1/2-1 kg seminggu. Penurunan berat badan yang sihat adalah 2-4 kg sebulan.
2. UBAHSUAI RESIPI DI RUMAH
Kurangkan lemak, minyak, gula dan garam dalam masakan. Lebihkan sayur setiap kali memasak hidangan utama seperti makan tengahari dan makan malam. Ubahsuai cara memasak misalnya dari menggoreng kepada merebus. Cuba elakkan menu berasingan untuk diri sendiri. Amalkanlah pemakanan sihat bersama keluarga. Masak makanan mengikut keperluan sahaja.
3. ‘SLIMMING DIET’ Tidak perlu membeli makanan istimewa untuk penurunan berat badan. Makanan „istimewa‟ ini adalah rendah kalori dan mahal. Kebiasaannya, makanan ini juga mempunyai kandungan nutrien yang sama dengan makanan biasa, oleh itu amalan pemakanan yang betul lebih praktikal dan mudah serta tidak melibatkan kos yang tinggi.
4. MAKAN DI LUAR RUMAH Awas ketika memilih makanan. Pastikan anda bijak memilih makanan yang sihat dan seimbang. Hadkan pengambilan makanan segera (fast food) dan makanan yang mengandungi sos dan perisa dan pengawet makanan. Hadkan makanan bergoreng. Pilih lebih sayur dan buah.


Salah satu tips yang mana sangat memberi impaks kepada sahabat sahaja kat luar sana ...
Pemakaian premium beautiful boleh menurunkan berat badan secara sihat dan selamat...

KESAN PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL


KESAN- KESAN AWAL PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL


1. Sakit kepala
- Bagi orang yang kerap sakit kepala dan migrain


2. Sakit tulang belakang
- Bagi orang yang selalu mengalami sakit belakang ~ tindakan awal menyelaraskan
tulang belakang


3. Terkentut dan sendawa
- Bagi orang yang banyak angin ~ tindakan membuang angin


4. Badan rasa sedikit sakit
- Bagi orang yang selalu demam dan sakit sendi-sendi kerana semasa memakai
Premium Beautiful seperti di dalam proses berurut


5. Payudara terasa sengal-sengal
- Memulihkan dan bertindak untuk menegangkan dan menaikkan semula buah
dada seperti zaman remaja


6. Berat badan turun
- Menunjukkan berat badan si pemakai tidak sesuai dengan ketinggian


7. Gatal-gatal pada anggota badan & tempat-tempat tertentu
- Terlalu banyak asid yang dikeluarkan melalui perpeluhan


8. Badan terasa cergas dan lebih aktif
- Kerana tindakan resonan molekul air di dalam badan lebih aktif setelah memakai
Premium Beautiful kerana tindakan FIR

APA LAGI?JANGAN TUNGGU...CALL 0122814640

PERTOLONGAN ALLAH:DAKWAH TERAKHIR SITI HAJAR








Kematian Siti Hajar memberikan impak yang sangat besar kepada keluarga dan sahabat handai. Marilah kita bersama-sama menjadikan kisah pemergian beliau sebagai renungan dan marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allayahamah Siti Hajar.

Semoga kita semua bermuhasabah dan beringat bahawa kematian itu tidak mengenal batas usia. Maha suci Engkau ya Allah tuhan segala makhluk.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana.

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (al-fatihah).

Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini.

Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan. Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je. Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum. Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar.

Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu. Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad) Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN? Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata

“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”

Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya. Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong. Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis) Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.

“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa?

Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata "mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” "Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU orkid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah. Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tebukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempoh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tebukan dilakukan di perut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? JawapannyaTIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.

SITI HAJAR
Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Tergenang air mata baca kisah ni, sedih.. inilah dia kematian para mukminin yang mungkin mendapat syahid kecil. Kematian itu pasti, dan bagaimanakah cara kematian kita nanti.. Masha-Allah :( Semoga peroleh sesuatu daripada kisah ini..

Friday, 25 January 2013

22 Disember 2012...umur meningkat lagi..

Syukur Alhamdulillah...aku masih dipanjangkan umur dan masih boleh menyedut molekul oksigen.........betapa besar nikmat Allah yang tak terhitung dan telah kunikmati sepanjang kehidupanku....
Menginjak usia ini...terhenti sebentar dari lamunan....hidupku ibarat satu perjalanan...dan perjalananku masih belum sampai ke destinasi....hakikat sebenar....perjalanan kita akan berakhir bila kita mati....tp tahukah bila kita tarikh keramat? Pastinya itu hy rahsia Allah..supaya kita sentiasa bersedia sentiasa setiap detik,setiap saat dan setiap hari ....apa yg kita buat? Apa yang aku dah kumpul ? Bekal ke dunia abadi?

Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar baktiku masih tidak mencukupi lagi,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar usahaku tak sampai mana pun lagi,

Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kealpaan selama ini,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kepalsuan lagi.

Inginku pastikan...sebelum aku di panggil inginku jejakkan kaki ke Tanah suci bersama insan2 yang aku sayangi....inilah hadiah yg paling mahal yg ingin ku berikan utk diri, ma dan abah serta suamiku....teringin sangat aku menyucikan jiwa dan dosa sebelum ku dijemput ke dunia abadi....

Cukupkan bekalan di dunia abadi...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya

Kalau boleh aku nk anak2 ku contohiku melalui tauladan...aku nak beri terbaik utk ibubpaku dunia akhirat..supaya suatu hari nanti anak2 ku tak lupa padaku....kita dapat apa yg kita beri...insyaallah....

Alhamdulillah sebagai penutup bulan 2012.. Akhirnya dapat jugak Jam Tangan keramat dari MDM...ini la hadiah sempena kelahiranku 22 Disember 2012... Hasil kerjasama dalam team akhirnya dapat jugak cecah sales 100 k.....tahniah utk semua my team....

Thursday, 24 January 2013

SOLAT TAHAJJUD : kesan perubatan solat( kecantikan luar Dan dalam)

Salam sahabat- sahabat semua..sempena bulan kelahiran nabi Muhammad ni jom kita sama2 tingkatkan amalan...kekalkan amalan yang wajib...tapi cuba tingkatkan pengertian dan penghayatan kita terhadap amalan yang kita lakukan...disini ct nak berkongsi sedikit tentang amalan rasul yang memang baginda suka lakukan....cuma tidak diwajibkan ke atas umatnya...

SOLAT TAHAJJUD

Ini salah satu sunnah rasullullah yang memang tersembunyi 1000 hikmah dan kelebihannya ..hanya orang yang melakukannya sahaja dapat menikmati dan dapat merasa nikmat kehidupan yang sebenar ..syurga dunia dan syurga akhirat.....Ya Allah..kuatkan lah dan bukakan pintu hati kami semua utk bersujud padaMu pada Sepertiga malam.....

Ct sekadar ingin berkongsi sedikit tentang kesan perubatan solat yang ct dapat daripada pembacaan...harap kita sama2 dapat manfaat yang diberi hidayah untuk sama2 melakukan solat wajib dan sunat dengan betul dan khusyuk...


1. Takbiratul ihram

- kuatkan otot lengan dan lncarkan pengliran darah...
2. Rukuk

- mengembalikan fungsi tulang belakang
- apbl rukuk,kedudukan jantung sejajar dengan otakmaka pengliran darah maksimum pada tubuh tgh..tgn yg diletakkan pada lutut,merelakskan otot-otot bahu hingga ke bawah.Selain daripada itu rukuk juga adalah latihan kemih( atihan mengawal pundi kencing) bg mencegah gangguan prostat....
3.Iktidal
- melancarkan pencernaan
4. Sujud
Mengalirkan oksigen ,menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburan....
Manfaat:
Aliran limfa dipamkan ke bahagian leher dan metiak.
Kedudukan jantung di atas otak menyebabkan darah yg kaya dengan oksigen mengalir dengan maksimum ke otak.
Pengaliran ini memberi pengaruh kepada daya fikir kita.
Oleh itu ,lakukan sujud dengan tamakninah ,jgn tergesa- gesa supaya darah mengalir sebanyak mungkin ke otak...
Gerakan ini juga menghindar gangguan penyakit buasir .Kusus bg wanita ,gerakan rukuk dan sujud mempunyai manfaat luar biasa bg kesuburan dan kesihatan organ wanita....

Sujud adalah latihan kekuatan otot tertentu,termasuk otot dada.semasa sujud,beban tubuh bahagian atas ditumpukan pada lengan hingga tapak tangan .pada masa inilah pengecutan trrjadi pada otot dada ,bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara bukan sahaja lebih menarik,tp membiki kelenjar air susu di dalamnya...

***** utk wanita bersalin*******
Semasa pinggul dan pinggang diangkat melampaui kepala dan dada,otot- otot perut mengecut sepenuhnya. Grakan ini melatih organ sekitar perut meneran dngan lebih lama dan dalam.manfaatnya utk org bersalin kerana dalam proses bersalin mereka perlukan pernafasan yang baik dan kemampuan meneran yang mencukupi....



5. Duduk antara dua sujud : menghindari penyakit lumpuh dan mencegah masalah mati pucuk..
6. Salam: merelakskan otot leher dan menegangkan kulit....


Ct sekadar berkongsi..ilmu ini rasanya sangat perlu untuk kita sama2 hayati nikmat iman dan islam yang sangat indah...
Beribadat secara istiqamah bukan sahaja menyuburkan iman

tetapi juga mencantikkan diri luar dan dalaman...

satu lagi dalam masa yang sama kita dah melakukan pergerakan senan senaman 5 kali sehari..kalau ditambahkan dengan sunat...subahanallah...

.banyaknya nikmat yang kita tidak sedari dan tidak pernah cuba utk merasai kesannya....

Ct ingatkn diri ct sendiri..dalm kesibukan harian...jgn sekali2 melupakan solat 5 waktu...kerana setiap detik Allah tak pernah melupakan kita....

Tuesday, 22 January 2013

LUMINEZ !!!!! SETANDING DENGAN SKII




NEW PRODUCT FOR OUR BEAUTY SKIN

Sempena tahun baru 2013 yang penuh dengan new look...menjadi trends sekarang para wanita ingin kelihatan cerah tp berhati2 dengan kandungan produk yg digunakan takut pula kulit yang mulanya cantik makin lama makin teruk ,disebabkan kandungan yang tidak selamat..


Selamat tingggal kulit kusam dan suram

Maka syarikat kami telah memilih satu produk yang sangat bagus demi kesihatan dan kecantikan kulit wanita...LUMINEZ!!!!!!! Satu produk yang menjadi kegilaan wanita kerana

fungsi yang utama untuk MENCERAHKAN KULIT..

.bukan untuk MEMUTIHKAN seperti peluntur....LUMINEZ setanding dengan SKII products yang menjadi pujaan wanita yang gilakan kulit yang mulus serta takut dengan faktor usia yang menyebabkan kulit kita penuh dengan garis serta kusam dengan bintik 2 hitam....





Mesti anda semua tertanya2 siapakah wanita berkerjaya yang bertuah kerana miliki kulit muka

yang sangat brightning and shining serta mulus ....ini lah my idola..CDM Norhayaty Ismail

yang menjadi duta produk LUMINEZ wakil syarikat kami...dan beliau baru saje dipilih untuk

mewakili syarikat untuk bella workshop dalam program Bella di NTV 7.. Pada 19 Jan 2013...

Keberkenan LUMINEZ....

mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari customer,

pembaca FB serta sahabat 2 beliau yang ingin miliki kulit yang cerah dengan selamat tanpa ragu2....boleh kenali beliau melalui blog beliau...

http:// www.beautifulwithsaveandsafe.blogspot.com



INI ANTARA TESTIMONI LUMINEZ!!!!!!


Berminat untuk mencuba dan ketahui lebih lanjut...hubungi ct 0122814640

Produk ini juga bakal membawa anda ke shanghai secara percuma...

Penghargaan usahawan cemerlang....SM Dan SSM

Majlis anugerah SM dan SSM

Sekalung tahniah buat penerima anugerah SM dan SSM yang di raikan gilang gemilang di
PGRM pada 20 Jan 2013... Pembuka tirai tahun 2013 dengan warna merah hitam yang memenuhi dewan di PGRM.....sangat teruja apa bila melihat lautan manusia yg merebut peluang bisnes sama mcm ct....

Kejayaan pertama dengan berpangkat SM adalah satu titik permulaan yang bkal memberikan kekuatan untuk capai kejayaan demi kejayaan yg kita impikan ....
Tahniah juga kepada biz partner ct yang mewakili francais di pelbagai tempat....
Anda begitu berharga buat ct...andalah sahabat di dunia dan akhirat...semoga ikatan ukhwah antara kita semakin kuat dan kukuh utk bekerjasama dalam melakar impian....
P


Kami semua insan biasa2 yg ambil peluang utk jadi satu emas yg berharga..setiap kejayaan bermula dengan tindakan kita utk berubah...kalau hanya berfikir utk berubah tapi tidak ada tindakan kita ibarat berlari setempat....kami sedar peluang yang datang hanya sekali...ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara....

Jom sama2 kita grab peluang ini...dulu kami takut sebab kami tak pandai berniaga,malu dan takut2... Tapi rupanya itu hanyalah ilusi kita...kami rasa selamat sebab kami ada mentor yang boleh guide dan tunjukkan kami jalan utk kami terus ke depan serta sampai ke destinasi kami...

Kami di bimbing utk bjaya dunia dan akhirat....nak tahu macamana?

Boleh hubungi ct 0122814640

Jom kita lakarkan sejarah indah di Shanghai....shanghai...kami datang...