Thursday, 31 January 2013

KAYA ATAU MISKIN SATU UJIAN...

Apabila disebut Miskin, tiada siapa yang ingin miskin kecuali Nabi-Nabi sahaja kerana kezuhudan mereka. Sebagai manusia biasa, kita semua ingin kaya. Walau bagaimanapun, Kaya atau miskin, ada baik dan buruknya. Seorang mungkin dilahirkan miskin tetapi, di sisi Allah, beliau baik kerana akhirnya dengan kemiskinan seseorang itu, ia membuka jalan atau mendorong beliau untuk ke syurga. Dengan kemiskinan juga seseorang itu diberi pahala yang berlipat ganda. Begitu juga dengan kesusahan, seseorang itu dihapuskan dosa-dosanya yang tidak dapat dihapuskan dengan jalan lain. Atau seseorang itu dinaikkan darjatnya di sisi Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang terpuji kerana diberi pahala atas kesusahan-kesusahan yang dilaluinya.
Kaya pun ada baiknya. Seseorang kaya yang rajin bersedekah, rajin membantu orang dengan wang ringgitnya, rajin berderma dan membina masjid, contohnya, maka dia akan diterima amalannya oleh Allah dan digolongkan sebagai orang yang pemurah. Dengan kekayaannya juga dia rajjin memberi makan kepada orang miskin, berzakat dan membiayai orang untuk mengerjakan haji, yang mana amalan-amalan itu mungkin tidak dapat dilakukan oleh orang miskin.


Belum tentu kita dapat menukar wang berjuta dengan kebaikan.

Sebaliknya, miskin juga mungkin menjadi sebab untuk berlaku kekufuran (nauzubillah) dan dimurkai Allah atas kesombongan anda, akhlak yang buruk dan sebagainya. Dengan miskin, pakaian yang compang-camping, ia menyusahkan anda beribadat, apa lagi untuk memberi nafkah dan berzakat, sebaliknya menjadi peminta sedekah.

Bagi yang kaya, kalau tak berhati-hati, mungkin menjadi kikir, sayang kan harta, cintai dunia, sombong dan sebagainya seperti Qarun. Dengan ini amalan akan tertolak.

Maka secara kesimpulannya, segala-galanya terletak di hati, tangan, pancaindera, fikiran, perbuatan, niat dan ilmu di dada anda. Yang lebih besar dari itu ialah taufiq dan hidayah dari Allah. Pintalah taufiq dan hidayah dari Allah, moga Allah merestui anda dan mendorongkan anda kearah kebaikan…

Petikan dari http://www.frekuensikaya.com br />

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih mengunjungi kami...Datang Lagi yeee :)